Sunday, January 4, 2009

Pendekatan Psikologi Dalam Jualan

Rasional
Apabila pembeli membuat keputusan untuk membeli, banyak faktor diambil kira seperti harga, kualiti, kuantiti, jenama, pembungkusan dan lain-lain. Dalam banyak faktor, faktor psikologi juga turut memberikan sumbangan yang besar kepada keputusan tersebut. Ramai diantara kita yang kurang memberi perhatian kepada faktor psikologi dalam usaha meningkatkan jualan. Program ini bertujuan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan skil menggunakan pendekatan psikologi dalam jualan.

Objektif
  1. Selepas menghadiri program ini, peserta akan memperolehi: 
  2. Konsep dan persepsi psikologi dalam pemasaran dan jualan.
  3. Memahami proses bagaimana pengguna boleh mengingati anda dan barangan yang anda jual.
  4. Mengaplikasikan jenama dan konsep gayahidup dalam pemasaran. 
  5. Memahami bagaimana pengguna membuat keputusan untuk membeli. 
  6. Memahami siapa dan apa yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk membeli.

Kandungan Kursus
  1. Memahami konsep psikologi yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti jualan dan pemasaran. 
  2. Bagaimana persepsi boleh diaplikasi dalam pemasaran. 
  3. Proses memahami pengguna
  4. Mewujudkan faktor  personaliti terhadap barangan. 
  5. Memahami bagaimana pengguna membuat keputusan.
  6. Individu dan kumpulan yang boleh mempengaruhi keputusan untuk membeli.